Rabu, 20 April 2016

Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah lamanya tidak update blog. Gara-gara kesibukan tugasan di sekolah dan alhamdulillah tempahan bakery setiap hari perlu dipenuhi.

Alhamdulillah pada 16/4/2016, ustazah sempat juga menghadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016. Pergi semata-mata ingin mengeratkan silaturrahim dan mengenangkan jasa sbb sebelum ini.

            

  

Tidak banyak pun ustazah bergambar disebabkan pada hari itu agak kurang sihat sedikit.

Khamis, 15 Oktober 2015


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada 11 Oktober 2015 yang lepas, Ustazah bersama 2 orang rakan Wani dan kak Nasibah telah menghadiri kelas pembuatan kek bersama Dapur Kak Zu di Bandar Bukit Mahkota Bangi. Seawal 6.30 pagi kami sudah bertolak.

Hehe setelah 6 tahun menerima tempahan kek, inilah kali pertama Ustazah mengikuti kelas buat kek. Ada sekali ikuti kelas deco di Sungai Haji Dorani dan dua kali kelas menghasilkan roti. Kali ini tekad walau jauh di bandar dengan kos RM250 untuk 4 jenis kek. Siapa yang mahu ikuti kelas kek bersama Kak Zu ini boleh rujuk di blog beliau ini http://kakzusemanisgula.blogspot.my/ 

Jom layan picture sepanjang Ustazah menuntut di sana :

 


     
   


   

                       
               
      
            
Kelas yang ustazah sertai ini adalah untuk mempelajari penghasilan kek Coklat Indulgent, Red Velvet, Walnut carrot dan Rainbow Roses. In sha Allah akan dipraktikkan ilmu yang diperolehi daripada kelas ini..



Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah permohonan Sekolah Berasrama Penuh SBP 2016 Ke Ting 1 Secara Atas Talian telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Tarikh tutup pemohonan adalah pada 15 November 2015.

Oleh yang demikian diharap ibubapa atau guru dapat mengambil perhatian untuk mengisi permohonan dengan selengkapnya melalui link berikut :



Ustazah pun perlu bersegera megisi permohonan untuk anak sulong dan perlu memilih  aliran  Saims atau Agama. Setelah meneliti kemugkinan besar akan memilih alira agama. Sila baca dengan teliti PANDUAN PERMOHONAN sebelum melengkapkan permohonan.

JENIS ALIRAN (SEKOLAH BERASRAMA PENUH)  
Jenis aliran adalah mengikut SBP pilihan pemohon berkaitan, berdasarkan kod keterangan di bawah:
Aliran
Pakej Mata Pelajaran
Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral,
Bahasa Antarabangsa (Arab/Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)
Agama
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Bahasa Arab,
Bahasa Antarabangsa (Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Semoga permohonan kita dipermudahkan dan layak diterima di SBP untuk tahun 2016.

Isnin, 14 September 2015

Bismillah dan assalamualaikum

Alhamdulillah hari Sabtu lepas rasa santai sahaja di rumah. Tiada sebarang tempaahan dan aktiviti sekadar menyiapkan kerja rumah dan anak-anak pula banyak membantu. Seronok anak dah besar ni ye.. Ye lah dulu kecik memanglah perlukan tumpuan sepenuhnya berbanding sekarang mandi,makan, solat semuanya boleh diurus sendiri. Kita tinggal memantau dan memperingatkan sahaja.

Tiba-tiba dapat satu mesej sahaabt mahu berziarah, rindu katanya nak jumpa. He he untungnya ada orang rindu ni sampai sanggup datang rumah. Sepantasnya memikirkan apakah juada yang simple tapi sedap dan mudah untuk disediakan. Ustazah pun ada bahan untuk buat sagu merah so apa lagi jom kita buat berdasarkan resepi yang in sha Allah sedap.

Bahan Sagu Merah

600gm sagu ( direndam 10 min )
800ml air
2 helai daun pandan
400gm gula pasir
Sedikit pewarna merah

1biji kelapa parut dan sedikit garam

Caranya.

1. Rendamkan sagu selama 10 minit paling mudah gunakan besen yg berlubang kecil dan letakkan air di besen lain. Kiranya kita tindan lah secara berlapis. So bila nak angkat tu senang sebab sagukan kecil.

2. Sambil merendam sagu bolehlah panaskan air dan daun pandan serta pewarna.

3. Setelah mendidih air masukkan sagu dan kacau. Setelah pekat adikitasukkan gula pula. Masak hingga sagu kelihatan jernih.



4. Anggaran dalam 15 min, buangkan daun pandan dan bolehlah di angkat dan diletakkan di loyang yang dilapik plastik kalau  mahu senang ketika memotong dan tidak melekat.

5. Setelah sejuk, potong dan golekkan atas kelapa parut yang diletakkan sedikit garam. Kalau mahu tahan kelapa parut tersebut sila kukus dalam 15 minit.

6. Siap! Selamat menjamu selera

Rabu, 9 September 2015

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dalam kesibukan sempat juga menyiapkan tempahan donut untuk Cikgu Dewi. Beliau mahu membelanja minum murid tahun enam selepas selepas kelas tambahan malam pecutan akhir calon UPSR 2015.

Donat ini memang amat lembut dan kelembutannya mampu bertahan lama, jadi dengan bahan yang simple ini apa kata kita kongsi bersama. Mana tahu boleh buat bisnes selepas ini, dapat juga ustazah menumpang sahamnya ye. He he.

Donut Gebu

Bahan A

500gm tepung roti
11gm yis
2 biji kuning telur
100gm gula halus
100gm ais batu
100gm air

Satukan kesemua bahan di atas dan uli dengan mixer hingga sebati. Nak uli guna tangan pun boleh tapi lenguh la ye untuk dapatkan adunan yang halus..

Kemudian masukkan

100gm marjerin 
Sedikit garam


Uli hingga benar-benar lembut. Bolehlah dibentukkan mengikut kesukaan dan rehatkan sehingga kembang. Kemudian goreng dengan api yang perlahan.


Siap! Bolehkan digolekkan dengan gula custer atau coklat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim