Khamis, 20 September 2012

 4:27 PTG         No comments
Assalamualaikum kepada para ibu bapa yang dirahmati Allah hendaknya.

Untuk kemudahan kita semua untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak bermula daripada prestasi 1, pertengahan tahun, prestasi 2 dan akhir tahun bolehlah anda melayari lawan web berikut :


untuk makluman juga keputusan peperiksaan ini hanyalah melibatkan pelajar darjah 3tahun 2012 hingga 6 sahaja bagi sekolah rendah. Bagi sekolah menengah daripada tingkatan 2tahun 2012 ke atas.



 Anda klik pada " Semakan Ibu Bapa "



Ini adalah keputusan peperiksaan anak anda..ini adalah keputusan exam anak saya nampaknya subjek B.Inggeris dan Matematik kena usaha lagi.


Di kesempatan ini saya ingin menasihatkan diri saya dan para ibu bapa..bersyukurlah pada Allah SWT jika keputusan anak kita cemerlang, jangan lupakan jasa guru yang mengajar. Bagi saya amat penting kejayaan akademik selaras dengan kejayaan akhlak anak kita. Ajarkanlah mereka tentang solat seawal 7 tahun dan 10 tahun boleh dirotan jika mereka enggan solat. Saya sebagai seorang guru amat bimbang dengan situasi pelajar kita hari ini tidak lain dan tidak bukan kitalah ibu bapa yang mencorakkan anak2.

Bagi ibu bapa yang mendapati keputusan anak-anak yang kurang cemerlang...jangan dimarah mereka sebaliknya kita cuba imbas dan muhasabah kembali bagaimana kita memberi tumpuan pada anak2 kita selama ini. Tidak bererti anak yang kurang cemerlang tidak boleh berjaya di masa hadapan. Doakanlah mereka ketika solat, ketika menanak nasi dan cuba bacakan Al-Fathehah dan Surah Al-Insyirah serta niatkan moga anak2 kita mudah faham dengan subjek yang mereka pelajari... bukankah Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW telah menyatakan bahawa DOA IBU BAPA tiada hijabnya..mengapa kita tidak mahu mengambil peluang ini... Semoga kita bahagia Dunia & Akhirat..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim