Hidup Berbakti Sebagai Ibu, Anak, Guru dan Blogger

Jumaat, 5 Oktober 2012

Assalamualaikum kepada pembaca blog yang dirahmati Allah..

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى ال محمد وصحبه أجمعين
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk buat entri pd hari ni..sebenarnya entri kali ini memenuhi kehendak sahabat teacher Syazwani yang berharap sangat tulis resepi kuih yang Ustazah Ain.Com buat. Ok la Cik Wani jgn lupa cuba resepi ni ye..Alhamdulillah berkat resepi daripada Kak Imah ni dah berjaya menerima ribuan tempahan dan duitnya Ustazah Ain.com abadikan dengan membeli pintu rumah semasa buat renovation.

Tapi buat kuih ni sebenarnya penat dan untung pun tidak seberapa...tetapi saya suka ambil nilai dapat menggembirakan orang lain dengan jualan kuih kita tu..bila kawan2 berebut tiap pagi..rasa bahagianya hanya Allah SWT sahaja yang tahu...Allah..Allah..ikhlaskan hati ini..Selamat mencuba dan baca Bismillah dulunya..

Emm...terima kasih Allah kerana sedapkan kuih ni..

Bahan A ( Tapai )
120 gm nasi putih ( disejukkan )
2 sudu teh ragi ( dihancurkan )
2 sudu makan gula
* Masukkan dlm tupperware dan perap 2 malam insyaAllah jadi.

Bahan B
500gm tepung beras
250gm gula pasir
800ml air
2 helai daun pandan
2 peket Eno Biru

Caranya:
1. Campurkan gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan biarkan sejuk.
2. Satukan tepung beras, air gula dan tapai. Gaul sebati dan blender hingga halus.
3. Perapkan selama 8 jam barulah dikukus.
4. Sebelum kukus bahagikan adunan kepada 2 bhngn. Bila air kukusan mendidih baru masukkan Eno ke dalam adunan dan letak dalam acuan. Kukus selama 20 minit.



Posted by ain samadi on 11:49 PTG in    7 comments »

7 comments:

oktant berkata...

Terima kasih di atas resepi apam cina. Sebelum ni hanya tau makan saje. Sekarang dah dapat resepinya. :)

Sebuah Perjalanan berkata...

sedap sangat, dah la menarik warnanye...
murah lak tu, boleh la try pasni, alfun syukran atas perkongsian ilmu masakan :)

ummiaiman berkata...

Hebat hebat...hihi...

ain samadi berkata...

Buat la rasanya amat lembut

ain samadi berkata...

Buat ye nnti bg rasa

siti rosnah berkata...

tgk sjer pon taw dh sedap....tq berkongsi resepi ny ustazah..:) in shaa ALLAH nk cuba bt la ntn...jemput melawat blog sy..:)
http://imanvitahouse.blogspot.com

siti rosnah berkata...

tgk pon dah terasa sedapnya..:) in Shaa ALLAH blh cuba la ntn..tq ustazah ain..jemput melawat blog sy..:)
http://imanvitahouse.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search