Hidup Berbakti Sebagai Ibu, Anak, Guru dan Blogger

Jumaat, 10 Mei 2013


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan Segala puji bagi Allah SWT.

Bagi pelajar lepasan SPM masa kini perlu ambil perhatian tentang permohonan untuk melanjutkan pelajaran di laman-laman web yang berkaitan. Ini bagi mengelakkan daripada terlepas untuk memohon atau mengetahui perkembangan status   permohonan.


Terkini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa aplikasi permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian akan dibuka mulai :

 13 Mei 2013 (Isnin) 
sehingga 
29 Mei 2013 (Rabu)

sila layari web berikut :



Posted by ain samadi on 11:02 PTG in    No comments »

Khamis, 9 Mei 2013

Bismillah 

Assalamualaikum dan semoga Allah sentiasa memberikan kita nikmat ketenangan dan kesabaran serta sentiasa mensyukuri kurniaan Nya.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Aliran Teknikal. Anda dikehendaki mendaftar secara atas talian sebelum 25 Mei 2013 ini.

Sila klik pautan di bawah mengikut kolej masing-masing untuk mendaftar :





Posted by ain samadi on 1:34 PTG  1 comment »

Rabu, 8 Mei 2013

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum dan didoakan semua dalam kerahmatan Allah SWT dan sihat sejahtera.

Tahniah diucapkan dan Alhamdulillah keputusan temu duga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi calon IPGM dan IPTA yang ditemuduga mulai 19 Februari 2013 sudah boleh diketahui.

Keputusan ini akan dimuat naik secara berperingkat mengikut tarikh temu duga. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran perlantikan akan dikemukakan terus kepada calon. Keputusan boleh di semak di link tersebut :



Setakat ini tarikh temu duga yang boleh di semak :

25 Feb 2013 - 1 Mac 2013

Untuk tarikh di bawah akan Ustazah update setelah semakan telah di buka oleh SPP :

5 Mac 2013 - 8 Mac 2013
11 Mac 2013 - 15 Mac 2013
19 Mac 2013 - 22 Mac 2013
26 Mac 2013 - 28 Mac 2013

17 April 2013 - 19 April 2013
 



Posted by ain samadi on 5:44 PTG in    No comments »

Ahad, 5 Mei 2013

Bismillah

Assalamualaikum dan semoga sahabat sentiasa mendapat kerahmatan daripada Allah SWT. Syukurilah nikmat Islam dan iman yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita, bajailah ia selalu dengan mengingati Nya dan berbuat baik sesama manusia.

Kali ini ustazah mendapat tempahan kek sifon Sunquick oren daripada Ustazah Maskhita yang menyambut hari lahirnya . Kek ini sungguh lembut, gebu, rasa lemak dan paling istimewanya rasa oren Sunquick yang masam- masam manis dan menyegarkan.

Baiklah bagi sesiapa yang ingin mencuba kek ini silalah rujuk resepi di bawah:

Kek Sifon Oren Sunquick

Bahan A

6 biji putih telur
150gm gula halus
1/4 cream Of tar tar

Bahan B
6 biji kuning telur
150 gram gula halus
100gm santan kelapa kotak
100gm air
55gm Minyak jagung
6 sudu makan Sunquick oren
Sedikit pewarna oren

Bahan C

240gm tepung kek
1/2 sudu makan baking Powder

Cara membuatnya.

1. Pukul putih telur menggunakan kelajuan yang tinggi sehingga gebu dan masukkan gula dan cream Of tar tar. Pukul seketika hingga sebati.

2. Menggunakan mangkuk lain pukul kuning telur dan gula hingga gebu. Masukkan santan, air, minyak jagung, Sunquick dan pewarna serta sebatikan.Kemudian masukkan bahan C satukan hingga sebati dan halus adunan ya.

3. Kemudian satukan bahagian no.1 dan no.2. Gaulkan mengikut arah jam hingga sempurna sebati. Letakkan dalam loyang 10.5 inci tanpa digris dengan planta. Jika digris akan mengakibatkan kek tidak menjadi.

4. Bakar pada suhu 180 darjah dalam 45 minit. Setelah masak terbalikkan kek supaya kek tidak turun..setelah sejuk bolehlah kek dihias mengikut cita rasa.

SELAMAT MENCUBA




Posted by ain samadi on 3:37 PTG in    2 comments »

Khamis, 2 Mei 2013

Bismillah

Assalamualaikum dan didoakan semoga para pembaca di dalam kerahmatan Allah SWT.

Merasa kek yang dihasilkan oleh rakan sejawat Pn. Nor Asmawati sungguh sedap dan cukup lembab walau tanpa disiram dengan coklat ganache. Ustazah pun minta jasa baik padanya supaya berkongsi resepi . Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba kek ini silakan dan sila rujuk resepi di bawah :

Bahan A

3/4 cawan koko Powder
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 kotak kecil susu coklat Dutch Lady ( anggaran secawan )
1 cawan gula perang

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbinat
1 sudu teh baking Powder

Bahan C

3 biji telur gred B

Cara membuatnya :

1. Satukan bahan A hingga sebati dan tak perlu menggunakan mesin pemutar.

2. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan A.

3. Pukul telur hingga gebu dan satukan ke semua bahan.

4. Masak sebentar di atas api sederhana hingga terasa suam.

5. Griskan loyang, tuang adunan kek dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit sehingga masak.

Selamat mencuba..in sha Allah jadi.

~ gambar 1 beratnya 2 kg~
~ gambar 2 berstawberry beratnya 1.3 kg ~



Posted by ain samadi on 10:21 PTG in    11 comments »

Rabu, 1 Mei 2013

Bismillah

Assalamualaikum dan Alhamdulillah hari ini dapat masak tengahari untuk anak2 dan ibu mertua. Sempat menyiapkan adunan Kek Sifon Pandan Blueberry untuk mantan pengetua. Simple sahaja sayur untuk hari iaitu Tumis Kacang Pancang yang dicampurkan dengan sotong dan tahu...

Resepi ini mudah sangat murid darjah 6 pun boleh buat..

Bahan- bahannya :

Bahan A

10 Batang kacang panjang
1 batang sederhana Carrot
3 ekor sotong
2 biji tahu
1 biji cili basah
Bahan B

6 biji cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 gram ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan C
Minyak untuk menumis
1 sudu kecil gula.

Cara penyediaan :

1. Patahkan kacang panjang, potong sotong saiz sederhana dan tahu dipotong dadu.Carrot juga dipotong ikut kegemaran .

2. Bahan B ditumbuk menggunakan lesung batu.

3. Panaskan minyak dan masukkan bahagian B dahulu tumis hingga naik bau dan masukkan sotong hingga lembut.

4. Masukkan Carrot, kacang panjang dan tahu..masukkan gula dan jangan terlalu lama supaya kacang panjang tidak terlalu lembut..

Siap untuk dihidang..selamat memasak





Posted by ain samadi on 12:43 PTG in    4 comments »

Isnin, 29 April 2013

Bismillah

Assalamualaikum dan segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah, selawat dan salam buat junjungan agung Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda serta sahabat yang diredhai Allah SWT.

Terima kasih kepada teman Mak Bonda dan Siti Salwa yang sudi menempah Kek Carrot Moist daripada Ustazah..perasan sedap pula ya..apa pun Allah swt yang sedapkan.

Kek ini adalah antara kek yang sering ditempah oleh rakan- rakan disebabkan ada rasa buah- buahan, moist serta ada keju sebagai topping di atas kek. Walau pun agak mahal tetapi mereka tidak berkira apabila mahu menikmati kek ini.

Jom layan resepi kek ini.

Kek Carrot Moist.

Bahan A

2 Cawan Tepung Kek
1 Cawan Gula Halus
1 Cawan Gula Perang
2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu teh soda berkarbonat

Bahan B

4 Biji telur gred B
1 cawan minyak jagung

Bahan C

1 1/2 cawan Carrot disagat
1 Cawan Nanas di potong dadu
1/2 cawan pisang dilenyek
1/2 cawan wulnut
1/2 cawan kurma

Cara membuatnya.

1. Ayakkan tepung, soda bikarbinat dan serbuk kayu manis. Masukkan 2 jenis gula dan sebatikan.

2. Pukul telur bersama minyak hingga gebu. Satukan bahan A dan B selama 5 minit.

3. Satukan bahan C dengan adunan A dab B hingga sekata dan tidak perlu menggunakan mesin pemutar cukup kacau dengan sejuk sahaja.

4. Griskan loyang dengan planta dan tepung agak tebal supaya tidak melekat. Tuangkan adunan kek ke loyang.

5. Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 180 darjah dan bakar selama 1 jam sehingga masak.

Bahan Topping.

250 gram keju
1 Cawan gula icing
1/4 cawan mentega
1/8 sudu teh serbuk kayu manis

1. Pukul atau sebatikan bahan di atas kemudian bolehlah disapukan di atas kek Carrot Moist itu tadi. hias lah mengikut kreativiti masing- masing.

Selamat mencuba..







Posted by ain samadi on 3:48 PTG in    2 comments »

Khamis, 25 April 2013

Bismillah

Assalamualaikum dan smG Allah SWT sentiasa mengurniakan kita nikmat mentaati segala perintah Nya.

Berikut adalah contoh soalan bagi Evedens Konsep Muslim dan Mukmin.

B1D5E1
Menyatakan maksud Islam, Iman dan Ehsan.

1. Islam pada bahasa ialah ________________________________________________

2. Islam pada istilah ialah tunduk dan _________________________________________

3. Percaya dan _______________ ialah pengertian _____________ menurut ___________

4. Iman menurut istilah ialah ___________________________________________________

5. Ehsan pada bahasa ialah ____________________________________________________

B2D8E1
Membezakan maksud muslim dan mukmin.

1.Jelaskan perbezaan di antara Muslim dan Mukmin dalam bentuk jadual.









2. Kedudukan antara Muslim dan Mukmin manakah yang lebih baik?

______________________________________________________

B2D8E1
Menyenaraikan sifat- sifat seorang Mukmin.

Lakarkan dalam bentuk peta minda sifat-sifat yang ada pada seorang Mukmin yang sejati.

























Menguasai/ tidak menguasai


Posted by ain samadi on 9:24 PG in    No comments »

Rabu, 24 April 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualikum dan Alhamdulillah Allah SWT ada mengurniakan kita zuriat sebagai   saham ibu bapa di dunia malah di akhirat kelak.

Tahniah ! Ahmad Hamka Hakeem kerana hari ini merupakan hari ulang tahun yang ke-5. Anak Ustazah yang bongsu ini terlalu gembira bila tahu kek yang sedang dihasilkan adalah untuk dirinya. Hamka adalah satu-satunya anak tunggal lelaki daripada 4 orang adik beradik.

Harapan dan doa Ustazah semoga Hamka berjaya dan menjadi anak yang soleh. Sesungguhnya namanya adalah menggambarkan cita2 Ustazah yang mahu ia menjadi seorang ulama seperti Prof. Hamka.

Semoga menjadi anak yang bertanggungjawab mentaati perintah Allah SWT, mengikuti sunnah Nabi Muhammad, menghormati keluarga, mendoakan ayahnya yang telah tiada..mudah mendengar nasihat guru seterusnya berakhlak mulia lantas berjaya dunia dan di akhirat...

Terima kasih dan syukur atas kasih sayang yang dicurahkan kepada Hamka selama ini terutamanya kepada Ibu Mertua dan pengasuhnya serta keluarga yang sentiasa memberi perhatian malah sentiasa bersabar dengan ragamnya..

" Sanah Helwa Ya Hamka "










Posted by ain samadi on 1:41 PTG in    12 comments »

Selasa, 23 April 2013

Bismillah

Assalamualaikum.

Berikut  adalah contoh evedent PAI Ting 1 bahagian Sirah Nabawiyyah.

B1D11E1
Menyatakan pengertian Jahiliyyah dan keadaan masyarakatnya.

1. Nyatakan pengertian Jahiliyyah dari segi bahasa
   ________________________________________________________________________________

2. Jelaskan pengertian Jahiliyyah dari segi istilah.
    _______________________________________________________________________________

3. Masyarakat Jahiliyyah terbahagi kepada 2 golongan, iaitu Badwi dan Hadari. Terangkan :
     a. pengenalan masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.






     b. Apakah pekerjaan masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.





B2D14E1
Menyatakan keadaan masyarakat Arab selepas kelahiran Rasulullah .

Jelaskan keadaan masyarakat Arab Jahiliyyah selepas kelahiran Rasulullah SAW.

a. Dari segi politik.
______________________________________________________________________________

b. Kepercayaan .
______________________________________________________________________________

c. Akhlak.
______________________________________________________________________________

d. Muamalah
______________________________________________________________________________


Menguasai/Tidak menguasai.









Posted by ain samadi on 1:17 PTG in    No comments »
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan nikmat kebahagiaan dan kesabaran kepada kita.


Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.
Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut :


Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi
 Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran
  3. Dokumen peribadi pelajar
  4. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tarikh pendaftaran:
  1. Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
  2. Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
  3. Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083  boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).



Posted by ain samadi on 11:19 PG in    No comments »

Isnin, 22 April 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan didoakan semoga Allah swt sentiasa mengurniakan nikmat kebahagiaan dan kejayaan kepada kita in sha Allah..

Alhamdulillah melalui http://upu.mohe.gov.my/semakan untuk temuduga atau kemasukan ke IPTA/Politeknik boleh di semak mulai 22 April 2013 atau selepas tarikh itu mengikut ketetapan IPTA/Politeknik mengikut jurusan . 

Temuduga akan dijalankan mulai 24 April 2013 hingga 5 Mei 2013 .Untuk maklumat lebih lanjut sila klik link di bawah :


http://www.politeknik.edu.my/portalbpp

http://www.upnm.edu.my/kemasukan/temuduga/

http://kemasukan.um.edu.my/index.php
http://www.online.uitm.edu.my/


Tarikh-tarikh Penting Pengurusan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014. 
Klik di sini


Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web 
www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.


" Ya Allah berilah kejayaan dan kemudahan kepada para pemohon yang terdiri daripada anak-anak murid kami..semoga kejayaan ini ,kami semakin hampir dengan Mu ya Allah serta sentiasa mensyukuri nikmat Mu "


Posted by ain samadi on 9:09 PTG in    2 comments »
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamulaikum dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kerahmatan kepada Umat Nabi Muhammad SAW.

Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) 2013 ditangguhkan kepada 6 Mei 2013.

Sila layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.




KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa.

                                      
                                                                     Kalender pismp from noorainisamadi



Kemas kini: 25 April 2013 .

Laman web KPM sedang hang buat masa kini dan Pihak KPM memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi kerana masih dalam penyelenggaraan . Harap Bersabar..
Posted by ain samadi on 9:51 PG in    2 comments »

Ahad, 21 April 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah pihak SPR menyediakan satu Dashboard PRU13 bagi mengetahui keputusan Pilihan Raya Umum 13 secara online. Tentu masyarakat Malaysia khasnya tidak sabar untuk mengetahui keputusan tersebut..termasuklah Ustazah sendiri.

Sila klik link di bawah untuk mengetahui keputusan PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini bersamaan hari Ahad.



Posted by ain samadi on 8:17 PTG in    4 comments »

Sabtu, 20 April 2013

Bismillah

Assalamualaikum dan semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita walau di mana jua keberadaan diri in shaa Allah.

Subhanallah ! Letihnya hari ini, menguruskan kem kepimpinan di sekolah bergegas pulang untuk memenuhi tempahan kek seorang sahabat untuk hari jadi anaknya..mula buat jam 4.00 ptg, pergi kenduri sekejap dan bila balik ada tetamu pula..siap ke ni sedangkan lepas maghrib nak di ambil..syukur air minuman tetamu telah disediakan oleh anak2. Terus sambung hias kek tiba2 dtg lagi 2 orang jiran bertandang...waduh! Ha ..mai la tengok Ustazah buat kek..tak sempat pulak nak layan mak cik2 ni dan nak resepi pulak..syukur alahmadulillah siap juga akhirnya kek dan siap salin resepi juga utk mak cik2 tu..Syukran sudi dtg rumah ustazah .

Resepi Kek Sifon Coklat

Bahan A

6 biji putih telur
1/4 cream Of Tar Tar
145 gm gula kastor
[putar putih telur dahulu hingga menjadi seperti cream baru masukkan cream Of Tar Tar& gula]

Bahan B
6 biji kuning telur
145 gula kastor
[ putar bahan di atas hingga gebu kemudian masukkan bahan di bawah ]

100 gm santan kelapa kotak
100 gm air
55 gm minyak jagung atau minyak masak pun ok

230 gm tepung naik sendiri
10 gm koko Powder
1/2 sudu makan baling powder.

[ kombinasikan semua bahan B kemudian satukan dgn bahan A ]

Bolehlah kek di bakar dgn suhu 180 darjah selama 45 min.

Inilah hasilnya..



Posted by ain samadi on 10:43 PTG in    4 comments »

Jumaat, 19 April 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan semoga kita berada dalam lindungan Allah SWT.

Bagi yang ada memohon jawatan sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Kelantan dan Kolej 

Matrikulasi Sarawak anda boleh menyemak panggilan temuduga mulai 

29 hingga 30 April 2013 melalui pautan :






Posted by ain samadi on 7:12 PTG in    No comments »
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Berikut adalah makluman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Sila klik dilink di bawah untuk memahami prosedur permohonan secara online.





PENGENALAN

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN 

SARJANA SESI 2014

                                                                             
Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Pecahan Program HLP Tahun 2014 adalah seperti berikut :
HLP Peringkat Kedoktoran
Bil.Kategori
1.HLP Am (Dalam Negara)Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.HLP Am (Luar Negara)Terbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di KPM
3.HLP IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
4.HLP IABTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) sahaja
5.HLP MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
HLP Peringkat Sarjana
Bil.Kategori
1.HLP AmTerbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.HLP IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
3.HLP MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja



                                PENGENALAN

                                PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH
                                           TANPA BIASISWA (CBBP TB)
                                  PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
                                                                                    SESI 2014
                                                    

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai juga harus mengambil maklum bahawa segala perbelanjaan semasa mengikuti pengajian termasuk Yuran Pengajian adalah dibawah tanggungan sendiri. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Program HLP selepas tawaran diberikan adalah TIDAK DIBENARKAN

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Pecahan Program CBBP TB Tahun 2014 adalah seperti berikut :

CBBP TB Peringkat Kedoktoran
Bil.Kategori
1.CBBP TB AmTerbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.CBBP TB IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
3.CBBP TB IABTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) sahaja
4.CBBP TB MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
CBBP TB Peringkat Sarjana
Bil.Kategori
1.CBBP TB HLP AmTerbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.CBBP TB MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
Posted by ain samadi on 3:24 PTG in    No comments »

Khamis, 18 April 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2014 

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa bagi mengikuti kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Ph.D di IPTA di Dalam dan Luar Negara. Tawaran ini dibuka khusus untuk  Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik 

1. Peringkat Sarjana
2. Peringkat Ph.D

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Permohonan telah dibuka mulai 16-April-2013 hingga 15-Mei-2013. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap,dokumen sokongan yang tidak disahkan atau permohonan yang lewattidak akan dipertimbangkan. 

Perhatian :

1. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan [klik di sini]

2. Hanya pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja boleh membuat permohonan bagi tawaran ini.

3. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sahaja [klik di siniuntuk tatacara permohonan.

4.Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang 'SIMPAN & HANTAR'. Untuk tujuan KEMASKINI PERMOHONAN, pemohon dibenarkan mengemaskini permohonan sehingga 15-Mei-2013 dan menekan sekali lagi butang 'SIMPAN & HANTAR'.

5.Tarikh tutup permohonan adalah pada 15-Mei-2013 , jam 12.00 tengah malam.





Posted by ain samadi on 6:40 PTG in    No comments »

Rabu, 17 April 2013

Bismillah

Assalamualaikum dan alhamdulillah.

Aktiviti koko pada petang ini adalah murid dikehendaki melakukan aktiviti ikhtiar hidup ketika perkhemahan atau berada di hutan.

Lucu anak2 murid ustazah ni, anak zaman moden mana pernah masak guna kayu atau arang.Jika ibu bapa mereka melihat sendiri gelagat anak2 mereka tentu tersenyum..nak hidupkan api adalah satu kesukaran bagi mereka.

Ustazah dapat merasakan mereka begitu gembira dengan aktiviti petang ini. Mereka dikehendaki memasak nasi, masak sayur dan merebus atau menggoreng telur. Ustazah bangga melihat kesungguhan kerjasama antara mereka walaupun menghadapi beberapa masalah. Akhirnya mereka dapat juga menikmati hasil masakan yang telah diusahakan hingga masak.

Seronok kan main masak2.. Teringat zaman kecik2 dulu





























Posted by ain samadi on 10:55 PTG in    8 comments »

Isnin, 15 April 2013

Bismillah

Assalamualaikum 

Berikut dilampirkan contoh instrumen Tilawah Al-Quran dan Ayat Kefahaman PBS Pendidikan Islam Ting 2. Semoga bermanfaat perkongsian ini.


 
 CONTOH INSTRUMEN  TILAWAH AL QURAN
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


1

Pernyataan Standard Prestasi


B1D1
Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat
tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.


Deskriptor

B1D1
Boleh membaca surah ali-Imran ayat 1-200



Eviden

B1D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah
Ali Imran  mengikut bacaan guru.

Ayat 1 -9

Ayat 14  -19


Instrumen
( kaedah )

Talaqi Musafahah



Aktiviti

AKTIVITI GURU – Guru mempemperdengarkan bacaan

AKTIVITI MURID- Murid mengikut bacaan guru



Contoh Item
( contoh soalan )


Sila ikut bacaan saya




 
 CONTOH INSTRUMEN TILAWAH AL QURAN
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


2

Pernyataan Standard Prestasi


B2
Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat
tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.


Deskriptor

B2D1
Boleh membaca surah ali-Imran ayat 1 hingga 200..


Eviden

B2D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan dari surah ali-Imran dengan bimbingan guru:
-ayat 1-9
-ayat 14-19

Instrumen


Talaqi Musafahah


Aktiviti

AKTIVITI GURU : Guru mendengar bacaan murid

AKTIVITI MURID: Murid membaca ayat 1-9 kemudian disambung oleh murid lain



Contoh Item


Sila baca ayat 1-9
( Lihat lampiran )




  
CONTOH INSTRUMEN  
TILAWAH AL QURAN
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


3

Pernyataan Standard Prestasi


B3
Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz
ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis
pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.


Deskriptor

B3D1
Boleh membaca surah al Imran ayat 1- 200  


Eviden

B3D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan dari surah ali Imran dengan betul tanpa bimbingan :
- ayat 1-9
- ayat 14-19

Instrumen

Talaqi Musafahah



Aktiviti

AKTIVITI GURU – Guru menyemak bacaan murid dan membetulkan sekiranya ada kesilapan.

AKTIVITI MURID – Murid membaca ayat 1-9



Contoh Item


Sila baca ayat 1-9




 
 CONTOH INSTRUMEN
( TILAWAH AL QURAN )
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


4

Pernyataan Standard Prestasi


B4
Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz
ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis
pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.


Deskriptor

B4D1
Membaca surah ali-Imran ayat 1-200



Eviden

B4D1E1
Membaca ayat dengan betu bertajwid dengan pemerhatian khusus kepada hokum mim sakinah:
-ayat 1-9
-ayat 14-19


Instrumen


Talaqi Musafahah


Aktiviti

AKTIVITI GURU – Guru menyemak bacaan murid dengan menekankan hukum mim sakinah

AKTIVITI MURID –  Murid membaca ayat 1-9

Contoh Item


Sila baca ayat 1-9
Sila keluarkan 3 hukum mim sakinah dalam ayat





  
CONTOH INSTRUMEN
TILAWAH AL QURAN
 STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


5

Pernyataan Standard Prestasi


B5
Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz
ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis
pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.


Deskriptor

B5D1
Membaca surah ali-Imran ayat 1-200


Eviden

B5D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah ali-Imran dengan betul, bertajwid dan lancar. –  Ayat    1  - 9
                                      Ayat  14 - 19


Instrumen

Talaqi Musafahah


Aktiviti

AKTIVITI GURU – Guru menyemak bacaan murid dengan menekankan keseluruhan hukum tajwid

AKTIVITI MURID – Murid membaca ayat 1-9


Contoh Item


Sila baca ayat 1-9
Sila nyatakan hukum tajwid dalam ayat 1-5







  
CONTOH INSTRUMEN TILAWAH AL QURAN
 STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


6

Pernyataan Standard Prestasi


B6
Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu,
menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati
akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

Deskriptor

B6D1
Boleh membaca surah ali Imran ayat 1-200 .


Eviden

B6D1E1
Membaca ayat-ayat bacaan daripada surah ali Imran dengan betul, bertajwid, lancar,fasih dan boleh dicontohi:
-Ayat 1-9
-Ayat 14-19

Instrumen

Talaqi Musafah
Persembahan murid dalam kumpulan

Aktiviti

AKTIVITI GURU : Guru meminta pelajar yang telah menguasai  untuk membimbing rakan dalam kumpulan

AKTIVITI MURID : Murid lain mengikut bacaan rakan tersebut dalam kumpulan

Contoh Item


Sila bentuk kumpulan.
Sila ikut bacaan ketua kumpulan anda





 
 CONTOH INSTRUMEN ( KEFAHAMAN AYAT )
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


2

Pernyataan Standard Prestasi

Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat
tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

Deskriptor

B2D4
Memahami isi kandungan ayat-ayat tertentu dalam surah ali -Imran

Eviden

B2D4E1
Menyatakan isi kandungan ayat-ayat surah ali Imran :
-Ayat 26 ( Menginsafi Kekuasaan Allah )
-Ayat 133 – 136 ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )



Instrumen


Soalan lisan
Soalan bertulis

Aktiviti

AKTIVITI GURU – Guru mengedarkan lembaran soalan

AKTIVITI MURID –  Murid menjawab soalan



Contoh Item


Sila lihat lampiran



Lampiran ayat kefahaman B2D4E1

Ayat 26 Surah ali Imran : ( Menginsafi Kekuasaan Allah )

Soalan Lisan

  1. Nyatakan isi kandungan ayat secara ringkas.

Soalan Bertulis

  1. Senaraikan dua bukti kekuasan Allah dalam ayat 26 Surah ali Imran

i  ______________________________________________________________

ii ______________________________________________________________

  1. Tandakan ( / ) pada penyataan yang betul mengenai isi kandungan ayat 26 Surah ali Imran.

Isi kandungan ayat

Tanda /
  1. Allah berkuasa memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki


  1. Allah berkuasa mencabut kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki


  1. Allah berkuasa memuliakan sesiapa yang dikehendaki


  1. Allah berkuasa menghinakan sesiapa yang dikehendaki






Lampiran ayat kefahaman B2D4E1

Ayat 133-136 Surah ali Imran : ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )


Soalan Lisan

  1. Nyatakan isi kandungan ayat secara ringkas.

Soalan Bertulis

  1. Senaraikan 3 ciri orang yang bertakwa berdasarkan ayat 133-136
i ________________________________________________________

ii ________________________________________________________

iii ________________________________________________________

  1. Lengkapkan rajah yang berikut :





















  
CONTOH INSTRUMEN KEFAHAMAN AYAT 
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


3

Pernyataan Standard Prestasi

Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz
ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis
pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab  dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

Deskriptor

B3D4
Memahami isi kandungan ayat-ayat tertentu dalam surah ali- Imran


Eviden

B3D4E1
Mengamal isi kandungan ayat-ayat daripada surah ali Imran iaitu:
-Ayat 26 ( Menginsafi Kekuasaan Allah )
-Ayat 133-136 ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )


Instrumen

Soalan lisan
Soalan bertulis


Aktiviti

AKTIVITI GURU - Guru mengedarkan lembaran soalan

AKTIVITI MURID – Murid menjawab soalan



Contoh Item


Sebab Allah memuliakan menghinakan seseorang manusia
-       Lampiran 3



Lampiran ayat kefahaman B3D4E1

Ayat 26 Surah ali Imran : ( Menginsafi Kekuasaan Allah )

Soalan Lisan
  1. Nyatakan dua contoh kehinaan Allah yang menimpa umat terdahulu

Soalan Bertulis
  1. Senaraikan dua sebab kemuliaan seseorang
i ____________________________________________________________________

ii ____________________________________________________________________
                                                       
  1. Senaraikan dua sebab kehinaan seseorang
       i ____________________________________________________________________
    
       ii ____________________________________________________________________


Lampiran ayat kefahaman B3D4E1

Ayat 133-136 Surah ali Imran : ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )

Soalan Lisan

  1. Nyatakan lafaz istighfar

Soalan Bertulis

  1. Lengkapkan carta berikut:











 
 CONTOH INSTRUMEN KEFAHAMAN AYAT
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


 4

Pernyataan Standard Prestasi

Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan,  menghayat akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi
sirah  nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.

Deskriptor

B4D4
Boleh memahami isi kandungan ayat-ayat tertentu surah ali-Imran dengan betul.


Eviden
B4D4E1
Mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah ali Imran dengan betul :
-Ayat 26 ( Menginsafi Kekuasaan Allah )
-Ayat 133-136 ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )


Instrumen

Ujian Bertulis


Aktiviti

AKTIVITI GURU : Guru mengedarkan lembaran soalan

AKTIVITI MURID : Pelajar Menjawab soalan


Contoh Item


Lihat Lampiran




Lampiran ayat kefahaman B4D4E1

Ayat 26 Surah ali Imran : ( Menginsafi Kekuasaan Allah )

Soalan Bertulis

  1. Terangkan dua bentuk nikmat Allah kepada manusia
i ______________________________________________________________
ii ______________________________________________________________


  1. Nyatakan dua akibat tidak menghargai nikmat Allah kepada individu
i ______________________________________________________________
ii ______________________________________________________________


Lampiran ayat kefahaman B4D4E1

Ayat 133-136 Surah ali Imran : ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )

Soalan Lisan

1. Apakah tindakan anda apabila anda sedar anda melakukan dosa


Soalan Bertulis

2. Senaraikan dua kebaikan bertaubat
i ____________________________________________________________

ii ____________________________________________________________  



  
CONTOH INSTRUMEN KEFAHAMAN AYAT
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


5

Pernyataan Standard Prestasi

Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan menghayati   akidah berteraskan rukun iman, melakukan  ibadah,  mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam,  adab  dan  akhlak  Islamiah serta membaca dan menulis jawi

Deskriptor

B5D4
Boleh menghayati isi kandungan ayat surah ali Imran  dengan  betul dan istiqamah.


Eviden
 
B5D4E1
Mengamalkan  isi kandungan ayat daripada surah ali-Imran  dengan betul dan istiqamah



Instrumen

Soalan Bertulis


Aktiviti

AKTIVITI GURU : Guru mengedarkan soalan

AKTIVITI MURID : Murid menjawab soalan



Contoh Item

Lihat lampiran



Lampiran ayat kefahaman B5D4E1

Ayat 26 Surah ali Imran : ( Menginsafi Kekuasaan Allah )

Soalan Bertulis

Lengkapkan jadual berikut :

1. Nyatakan dua perbezaan antara orang yang bersyukur dengan orang yang tidak bersyukur

Bersyukur
Tidak Bersyukur





Soalan bertulis

  1. Bagaimana  cara anda  menghargai nikmat berikut


Kekayaan




Kecerdikan



Kesihatan



Usia



Masa




Lampiran ayat kefahaman B5D4E1

Ayat 133-136 Surah ali Imran : ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )


Soalan Bertulis

1. Senaraikan lima dosa yang biasa anda lakukan

Dosa Besar
Dosa Kecil
1
1
2
2
3
3
4
4
5
5

2. Apakah tindakan  yang anda lakukan sekiranya anda melakukan dosa
____________________________________________________________________________________________________________________________________________




  
CONTOH INSTRUMEN KEFAHAMAN AYAT
STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN ISLAM TING. 2


ITEM

PERNYATAAN  ITEM

Band


6

Pernyataan Standard Prestasi

Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan menghayati   akidah berteraskan rukun iman, melakukan  ibadah,  mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam,  adab  dan  akhlak  Islamiah serta membaca dan menulis jawi

Deskriptor

B6D4
Boleh menghayati isi kandungan ayat surah ali Imran  dengan  betul dan istiqamah.


Eviden
 
B6D4E1
Mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah ali Imran dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi
-Ayat 26
-Ayat 133-136

Instrumen

Hasil Kerja Berkumpulan
Soalan Senarai Semak


Aktiviti

AKTIVITI GURU –

AKTIVITI MURID – Murid membentuk kumpulan dan membentangkan hasil tugasan



Contoh Item


Lihat Lampiran


Lampiran ayat kefahaman B6D4E1

Ayat 26 Surah ali Imran : ( Menginsafi Kekuasaan Allah )

Hasil Kerja Kumpulan:

1. Hasilkan satu artikel cara untuk mendapatkan kemuliaan Allah melalui :

    a) Menghormati Guru

    b) Menghormati Ibu Bapa

2.
Soalan senarai semak

Tandakan  /   pada pernyataan yang  diamalkan oleh pelajar


Cara meningkatkan martabat diri


Ya/ Tidak

1.   Berdoa selepas solat



2.   Bertawakkal selepas berusaha



3.   Berbuat baik sesama rakan



4.   Berusaha bersungguh-sungguh menuntut ilmu



5.   Bersabar menghadapi ujian



     6.  Menunjukkan akhlak yang mulia



      7.  Mensyukuri nikmat Allah





Lampiran ayat kefahaman B5D4E1

Ayat 133-136 Surah ali Imran : ( Segera Bertaubat Dan Beristighfar )


Soalan Bertulis :

1. Apakah tindakan  yang anda lakukan sekiranya anda melakukan dosa
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Rasulullah s.a.w beristighfar satu hari sebanyak 70 kali. Anda pula bagaimana?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________



































Posted by ain samadi on 1:32 PTG in ,    No comments »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search